• ;

20.02.2025 - LAWATAN PENANDA ARAS SERTA PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM HUFFAZ IPGM KAMPUS IPOH DARIPADA IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG




20 Februari 2025 : IPG Kampus Ipoh telah menerima kunjungan daripada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Tuanku Bainun dalam rangka Lawatan Penanda Aras serta Perkongsian Amalan  Terbaik Program Huffaz IPG Kampus Ipoh.

Lawatanini bertujuan memdapatkan pendedahan serta amalan terbaik dalam pengurusan dan pelaksanaan Program Huffaz IPGM Kampus Ipoh.

Delegasi dari IPG Kampus Tuanku Bainun diketuai oleh Dr. Zambri Bin Ahmad, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGK Tuanku Bainun, Dr. Siti Aishah Binti Ashaari, Penolong Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGK Tuanku Bainun bersama 16 pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral yang lain. Ketibaan delegasi disambut oleh Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Ipoh serta 11 pensyarah Jabatan Pendidikan Islam yang turut serta dalam sesi perkongsian amalan terbaik pengurusan dan pelaksanaan Program Huffaz di IPGM Kampus Ipoh .

Lawatan ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan perbincangan lanjut untuk memantapkan Program Huffaz antara kedua-dua institusi. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pihak dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan dan pelaksanaan Program Huffaz.

𝐈𝐏𝐆𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐉𝐔 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀!

𝓘𝓟𝓖𝓜𝓚𝓘𝓟𝓞𝓗- 𝐓𝐡𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐨𝐟 𝐏𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐎𝐛𝐣𝐞𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬



Kongsi:

I-STET 2024 CONFERENCE




 15-16 OKTOBER, USIM 2024.

Tahniah diucapkan kepada Dr Yusoff bin Yaacob atas penglibatan sebagai pebentang dalam seminar antarabangsa i-STET 2024 CONFERENCE, yang telah berlangsung selama 2 hari mulai 15-16 Oktober di Universiti Islam Malaysia (USIM). Dr Yusoff telah membentangkan tajuk: Teori keperibadian mulia Aristotle  dan akhlak al-Ghazali: satu perbandingan. Semoga JAPIM IPGMKI terus aktif dalam memberi sumbangan kepada dunia pendidikan.
Kongsi:

PENGANUGERAHAN SIJIL KECEMERLANGAN TAHFIZ IPGMKI-USAS 2024

 


29.11.2024, USAS KUALA KANGSAR

TAHNIAH diucapkan kepada:
1. Muhammad Iqbal Firdaus bin Nohrawi (W8)
2. Abdul Wafi bin Jumat (W9)
3. Mohammad Hasif bin Mohammad Halizam (B8)
4. ⁠Muhammad Abdullah Fahmi bin Ismail (B8)
5. ⁠Muhammad Ammar Wafi bin Khairul Azri (B9)
6. ⁠Muhammad Luqman Hakeem bin Shamsul Baharom (B9)
7. ⁠Nur Fatin Sofea binti Nazrol(B8)
8. ⁠Nur Amni Najihah binti Zolkefli (B8)
9. ⁠Nur Dalila Diyanah binti Mohd Daut (B8)
10. ⁠Nurul Huda binti Izhar (B9)
11. ⁠Nurul Ain Najihah binti Mohd Nasri (B9)

atas kecemerlangan yang telah memperoleh pangkat Mumtaz,Jayyid Jiddan dan Jayyid dalam ujian Tahfiz Al-Quran IPGMKI-USAS yang telah berlangsung pada 27.9.2024 (Jumaat).

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada KJ JAPIM,  pensyarah JAPIM dan Penyelaras Program Huffaz, Pn Suriani Abdul Mutalib .
Kongsi:

UJIAN TAHFIZ AL-QURAN IPGMKI-USAS - 29.11.2024




29.11.2024, USAS KUALA KANGSAR

 TAHNIAH diucapkan kepada 22 peserta Huffaz yang mengikut Ujian Tahfiz IPGMKI-USAS pada 29.11.2024 (Jumaat). Semoga beroleh kecemerlangan dalam Ujian Tahfiz Al-Quran IPGMKI-USAS tersebut. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada KJ JAPIM,  pensyarah JAPIM dan Penyelaras Program Huffaz, Pn Suriani Abdul Mutalib.

Semoga siswa guru IPGMKI terus berusaha menempa nama di peringkat yang lebih tinggi.


JPP IPGM KAMPUS IPOH 24/25

#KepimpinanBerintegritiSederapTransformasi.

Kongsi:

Pelancaran Program Huffaz IPGKI 2024







 Pelancaran Program Huffaz IPGKI

19 Januari 2024 pukul 10:30-12:30

Bertempat Di Pusat Islam Al-Hidayah IPGMKI

Program dirasmikan oleh Utz MD Shahaidil bin An Rahman. Pen Ketua Jabatan JAPIM IPGMKI

Kongsi:

KARNIVAL KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF PROFESIONAL KEGURUAN KALI 2 (KIKPK) KALI KE-2 TAHUN 2

 







KARNIVAL KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF PROFESIONAL KEGURUAN KALI 2 (KIKPK) KALI KE-2 TAHUN 2023.


TAHNIAH.

6-8 November 2023 : Kumpulan SHINE (Faraeed Tools) diatas kejayaan memenangi tempat ketiga kategori Anugerah Utama, Anugerah Penciptaan Terbaik dalam pertandingan KIKPK peringkat kebangsaan anjuran Bahagian Profesionalisme Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertempat di Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC), Selangor.


Karnival ini yang mengangkat tema “Inovasi Pendigitalan Pemangkin Pendidikan Generasi Madani” dianjurkan khusus untuk mengalakkan inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga KPM.


Karnival ini melibatkan penyertaan peserta daripada bahagian, jabatan, agensi, serta institusi pendidikan bawah KPM.


Kumpulan SHINE (Faraeed Tools) terdiri daripada pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh iaitu Pn. Rosmah binti Ramli sebagai fasilitator, Pn. Suriani binti Abdul Mutalib sebagai ketua kumpulan dan 8 ahli kumpulan iaitu Dr. Saidah binti Haris @ Harith, Dr. Rafizah binti Mohamaed Salleh, Pn. Roezan Zullianoe binti Mamat, Dr. Rizalman bin Muhammad, Dr. Mohamad Yusri bin Bakir, En. Md Shahaidil Ab Rahman, Dr. Fauziah Hanim dan Dr. Nor Hashimah. Kumpulan SHINE membawa pulang hadiah wang tunai RM2000, piala dan sijil penghargaan.


Sekali lagi, tahniah kepada Kumpulan SHINE (Faraeed Tools) atas kejayaan mereka dalam pertandingan KIKPK tahun 2023. Semoga inovasi dan kreativiti yang mereka bawa dapat memberi sumbangan positif kepada pendidikan gene

Kongsi:

SIRI KE 3 TAHUN 2023 PENGHANTARAN PELAJAR IPGKI UNTUK UJIAN TAHFIZ AL-QURAN DI UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH

 SIRI KE 3 TAHUN 2023 PENGHANTARAN PELAJAR IPGKI UNTUK UJIAN TAHFIZ AL-QURAN DI UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH






11 dan 13 Oktober 2023 (Rabu dan Jumaat), 2:30 petang hingga 6:00 petang, 19 pelajar telah menghadiri ujian syafawi dan tahriri ketagori 1 juz Al-Quran bagi mendapatkan Sijil Tahfiz Al-Quran Universiti Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar Perak. 19 pelajar tersebut adalah peserta ujian Tahfiz Al-Quran juz 1, juz 2, juz 4, juz 5, juz 6, juz 8 dan juz 30.

19 siswa tersebut adalah Muhammad Farhan Bin Mohammad V12, Robia'tul A'dawiyah Binti Shamsul Azlan V12, Amir Nasruddin Bin Alias V14, Mohamad Nor Izuddin Bin Norlizaha A1, Muhammad Hazim Bin Azihan A2, Mohamad Hannan Rakin Bin Mohd Hamdan V14, Ahmad Fawwaz Suffi Bin Ya Omar A1, Muhamad Amirul Hafiz Bin Mohammad Azam A1, Muhammad Mahiri Bin Shahrun Nizam V14, Wan Nur Adeeba Binti Meor Mohd Sharifuddin V12, Muhammad Ehsan Bin Abdul Razak V12, Nur Nabila Hanim Binti Sabaran V12, Nurul Athiqa Binti Mohd Shakri X4, Mohamad Alif Najmi Bin Mohd Iman Najmi Subra Abdullah X4, Aufa Nur Nabila Binti Anuar Y1, Mohamad Asyraf Bin Anuar X9, Amalin Aisyah Binti Shukri V13, Nur'aisyah Amni Binti Mohd Azmi V13, Ahmad Hifzi Bin Hussin W10

Pensyarah yang mengiringi pelajar-pelajar tersebut adalah Ustazah Suriani binti Abdul Mutalib, Dr. Rafizah binti Mohamed Salleh dan Dr Saidah binti Haris@Harith

IPGKI juga mendapat pengkhabaran gembira dengan lulusnya 12 peserta ujian tahfiz Al-Quran siri 2 dengan 4 pelajar mendapat pangkat mumtaz pada 26 Jun 2023 lalu.

Didoakan semoga semua peserta tahfiz Al-Quran yang terlibat berjaya dengan cemerlang. 


#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#GoGlobal 

#makeadifference








Kongsi:

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1