Saya merasa amat bersyukur kerana Jabatan Pendidikan Islam dan Moral diberikan tanggungjawab sebagai salah satu entiti jabatan yang penting di dalam kerangka Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Ipoh sangat komited dalam usaha untuk membangun serta meningkatkan kualti Pendidikan Islam dan Moral sesuai dengan kehendak semasa.
Jabatan ini juga cakna dengan perkembangan serta nilai tambah bagi merealisikan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Ini adalah penting kerana melalui sistem kerangka yang dibentuk membolehkan sumber manusia yang dikeluarkan oleh IPG kampus ini, khas dalam bidang Pendidikan Islam dan Moral selaras dengan dasar keperluan negara pada masa akan datang.
Melalui sumber tenaga dan keupayaan jabatan ini adalah diharapkan, untuk jangka masa pendek jabatan ini akan berupaya mengakses nilai tambah yang bersesuaian dengan keperluan pelan strategik IPG Kampus Ipoh 2021-2026 # Leading future model teacher, di samping melaksanakan proses jangka panjang yang telah dirancang sesuai dengan kerangka konsep yang telah digariskan.
Adalah diharapkan bahawa JAPIM sebagai salah satu sumber tenaga penting IPGK Ipoh mampu untuk memberi sumbangan yang mampan dan jitu serta menjadi salah satu daripada agen penting perubahan dalam dunia pendidikan.
Sekian, terima kasih
Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Hulu Kinta Perak.
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.