• ;

SISWA GURU HUFFAZ IPGKI MENGHADIRI UJIAN SYAFAWI DAN TAHRIRI SIJIL TAHFIZ AL-QURAN UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH

 



19 Ogos 2022 (Jumaat), 2:30 petang hingga 5:30 petang, 9 siswa telah menghadiri ujian syafawi dan tahriri 1 juz Al-Quran bagi mendapatkan Sijil Tahfiz Al-Quran Universiti Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar Perak.

9 siswa tersebut adalah Nur Aisyah Amni binti Mohd Azmi V13, Ahmad Hifzi Bin Hussin W10,  Amalin Aisyah binti Shukri V13, Mohamad Asyraf bin Anuar  X9, Muhammad Umarul Iman bin Mohd Aziz W8, Nurhamizah binti Awang X6, Auni Basyirah binti Azman X3, Wan Nur Adeeba binti Meor Mohd Hamdan V12 dan Nury Najlaa binti Ismail V12

Pensyarah yang melatih 9 siswa tersebut adalah Ustazah Suriani binti Abdul Mutalib, Ustaz Ahmad Rizwan bin Jaafar, Dr. Saidah binti Haris @ Harith dan Dr. Rizaman bin Yahya.    

Ujian Syafawi dan Tahriri Al-Quran bertempat di BKG 2, BKG 6, BKG7 dan BKG 8. Panel ujian adalah Ustaz Nur Ahmad Wafiy bin Noor Azri, Ustaz Muhammad Khairul Firdhaus b. Abdullah, Ustaz Anas bin Che Omar, Ustaz Muhd Sallehuddin Al-Ayubi bin Che Ahmad, Ustaz Ahmad Zaeim bin Abd Rashid dan Ustaz Shuhaimi bin Mohd Lana iaitu daripada pensyarah Jabatan Usuluddin, program Diploma Tahfiz Al-Quran Wa Al-Qiraat di Universiti Sultan Azlan Shah.

Ujian ini bertujuan mendapatkan Sijil Tahfiz Al-Quran dari Universiti Sultan Azlan Shah. Didoakan semoga 9 siswa yang terlibat berjaya dengan cemerlang.

 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#GoGlobal

#makeadifference

Kongsi:

MAJLIS TILAWAH, HAFAZAN DAN TAFSIR IPGM 2022






ALHAMDULILLAH, SYUKUR. TAHNIAH BUAT KONTINJEN IPG KAMPUS IPOH DAN JAPIM, IPGKI.          

Majlis berlangsung selama 3 hari bermula 11-13 Mac 2022 bertempat di IPGKDRI, Kuala Terengganu.


IPGKI TELAH BERJAYA MERANGKUL 4 KEJAYAAN:


TILAWAH:

1) MUHAMMAD FARHAN BIN MOHAMMAD FUZI ( TEMPAT KE-3 TILAWAH LELAKI )

2) NURY NAJLAA BINTI ISMAIL

3) Peserta simpanan :

NURUL IZZAH BINTI AHMAD SUHAIMI 


HAFAZAN

1) AHMAD HIFZI BIN HUSSIN ( NAIB JOHAN HAFAZAN LELAKI)

2) NUR'AISYAH AMNI BINTI MOHD AZMI.   ( TEMPAT KE-3 HAFAZAN PEREMPUAN)

3) peserta simpanan 

 NUR IZYANI BINTI ZAID


SYARAHAN TAFSIR

1. MUHAMMAD UZAIR HAKIMI BIN MOHD HELMI


2. NURMIZA ZULAIKHA BINTI HAMZAH ( TEMPAT KE-5 SYARAHAN TAFSIR)


PENASIHAT 1:

DR YAHYA B. OSMAN,

PENGARAH IPGKI.


PENASIHAT 2

EN MOHD KHADRI B. FAZIL RAHMAN.

TIMB. PENGARAH IPGKI.


URUSETIA:

DR HJ RIZALMAN B. MUHAMMAD

KETUA KONTINJEN:

1. DR MOHAMAD YUSRI BIN BAKIR

PENGIRING DAN JURULATIH MTTHQ

1. USTH NORACYHAN BT MOHAMAD BAKRI

2. DR SAIDAH BINTI HARIS @ HARITH

3. USTH SURIANI BT ABDUL MUTALIB

4. UST AHMAD RIZWAN B. JA'AFAR


TERIMA KASIH BANYAK kepada PARA PENYUMBANG PROGRAM HUFFAZ IPGKI, atas sumbangan dan penajaan dalam melatih para pemenang.

Kongsi:

CERAMAH ISRA' MI'RAJ TAHUN 2022


 Ceramah sempena Isra' Mikraj diadakan pada 2 Mac 2022. Tajuk ceramah adalah Anugerah Teragung buat Nabi Terulung. Ceramah ini disampaikan oleh Dr Mohamad Yusri bin Bakir, Penolong Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. 

Ceramah ini dianjurkan oleh JAPIM, Program Khas Huffaz dan BKDM, IPGK Ipoh.


PERISTIWA Isra’ Mikraj yang berlaku ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW bertujuan mengajar erti kehambaan kepada Allah SWT. 


Perjalanan Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra’ Mikraj mengajar kita semua sebagai pendakwah, ada masa dan ketikanya kita perlu berehat sejenak daripada berdakwah serta berikan pengisian buat diri kita dengan kisah-kisah yang mampu memotivasikan diri.  

Allah SWT telah merehatkan seketika Rasulullah SAW dalam satu malam untuk Allah SWT berikan hiburan kerohanian yang akan memajukan motivasi Rasulullah SAW ke hadapan. Persoalan yang perlu kita fikirkan, dalam peristiwa Isra’ Mikraj ini mengapa sepanjang perjalanan untuk bertemu Allah SWT, Nabi singgah di Masjid Al-Aqsa serta bertemu dengan para nabi.

Perhentian Rasulullah SAW di Masjid Al-Aqsa sebagai simbolik meneruskan perjuangan para anbiya’ yang majoritinya dari Palestin. Ianya bukan semata-mata masjid itu, tetapi diperlihatkan dengan situasi para nabi yang mendirikan solat di Masjid Al-Aqsa dengan penuh kerehatan dan kegembiraan. Ini mengajarkan kepada Rasulullah SAW, solat akan menjadikan Baginda kuat. Baginda juga mengimamkan para nabi yang berkumpul di Masjid Al-Aqsa. Dalam keadaan duka Baginda ketika di Makkah, ditolak dakwah Baginda serta dicaci dan dicemuh. Allah SWT hadirkan motivasi pertama buat Baginda SAW ketika di Masjid Al-Aqsa iaitu mengimamkan para nabi.

Hal ini mengajar kita, sekuat manapun ujian dan musibah yang menimpa kita, jadikan solat sebagai kekuatan sepertimana yang dilakukan oleh para nabi yang terdahulu. Jangan biarkan diri kita diperhambakan oleh emosi dan syaitan dengan ujian-ujian yang melemahkan kita. Sekiranya perasaan kehambaan kepada Allah SWT sentiasa menebal dalam diri kita, maka akan datang kekuatan untuk kita menghadapi apa juga ujian.

Kongsi:

LIQA’ PROGRAM HUFFAZ BIL. 1/2022 IPG KAMPUS IPOH






LIQA’ PROGRAM HUFFAZ BIL. 1/2022 IPG KAMPUS IPOH

KUMPULAN SASARAN : Semua Peserta Huffaz Unit T,U,V,W Dan X Dan Semua Siswa Guru  Unit V12, V13 , V14, W8, W9, Minor Pendidikan Islam Unit T,U,V,W Dan X. Terbuka Kepada Siswa Yang Berminat.

Tarikh : 16 Februari 2022 (Rabu)

Masa : 7.30 – 9.30 Malam

Medium : Bersemuka Dan Google Meet

Aktiviti    : 1. Kuliah Maghrib (Menghidupkan Budaya Membaca &    Menghafal Al-Quran)

2. Perbentangan Ajk Huffaz 2022

3. Aktiviti Huffaz 2022

4. Pembahagian Kumpulan Huffaz

5. Perlantikan Fasilitator

Kongsi:

LAWATAN MAHABBAH DAN PENANDA ARAS JAPIM IPGKI DENGAN IPDA








Tarikh : 26 Januari 2022.

Lokasi : IPGDA , KEDAH. 


1.Lawatan Mahabbah dan Penanda Aras ini bertujuan untuk membuat usahasama rakan pintar pembelajaran terutama dalam bidang Pendidikan Islam dan hafazan.

Kongsi:

LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM HUFFAZ







Tempat: IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor

Tarikh : 20 Januari 2022

Hari : Khamis

1. Lawatan ini berdasarkan keperluan jawatankuasa huffaz bagi mendalami dan menguasai pengetahuan tentang program Huffaz di IPGKPI khasnya Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM - IPGKPI dan Syahadah Huffaz Mutqin USIM - IPGKPI .

2. Lawatan Penanda Aras amat penting dalam mengembangkan ilmu dan perkongsian pelaksanaan program untuk dilaksanakan kepada pelajar-pelajar Program Huffaz di IPGKI

Kongsi:

Bengkel Profesionalisme Pensyarah JAPIM IPGKI 2022







Tarikh : 26- 28 Januari 2022. Lokasi : SSTPN, Alor Setar, Kedah. Bengkel Profesionalisme Pensyarah JAPIM IPGK Ipoh ini bertujuan meningkatkan tugas profesionalisme para pensyarah terutama dalam aspek Pentaksiran Berterusan, Peperiksaan, Praktikum, KRIP (Konsultasi, Penyelidikan, Penerbitan, Inovasi) bagi tahun 2022. JAPIM IPGK IPOH. 2.Memantapkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang terkini dan spesifik berkaitan dengan tugas atau tanggungjawab pensyarah JAPIM. 3.Memastikan tahap kecekapan atau kompetensi para pensyarah sentiasa berada di tahap optimum, sejajar dengan perkembangan pesat dalam teknologi dan sistem IPGM. 3. Menerajui dan melaksana Pelan Strategik IPGK Ipoh, iaitu Leading Future Model Teacher serta melonjakkan kecemerlangan pendidikan melalui Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna.
Kongsi:

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1