CERAMAH ISRA' MI'RAJ TAHUN 2022


 Ceramah sempena Isra' Mikraj diadakan pada 2 Mac 2022. Tajuk ceramah adalah Anugerah Teragung buat Nabi Terulung. Ceramah ini disampaikan oleh Dr Mohamad Yusri bin Bakir, Penolong Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. 

Ceramah ini dianjurkan oleh JAPIM, Program Khas Huffaz dan BKDM, IPGK Ipoh.


PERISTIWA Isra’ Mikraj yang berlaku ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW bertujuan mengajar erti kehambaan kepada Allah SWT. 


Perjalanan Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra’ Mikraj mengajar kita semua sebagai pendakwah, ada masa dan ketikanya kita perlu berehat sejenak daripada berdakwah serta berikan pengisian buat diri kita dengan kisah-kisah yang mampu memotivasikan diri.  

Allah SWT telah merehatkan seketika Rasulullah SAW dalam satu malam untuk Allah SWT berikan hiburan kerohanian yang akan memajukan motivasi Rasulullah SAW ke hadapan. Persoalan yang perlu kita fikirkan, dalam peristiwa Isra’ Mikraj ini mengapa sepanjang perjalanan untuk bertemu Allah SWT, Nabi singgah di Masjid Al-Aqsa serta bertemu dengan para nabi.

Perhentian Rasulullah SAW di Masjid Al-Aqsa sebagai simbolik meneruskan perjuangan para anbiya’ yang majoritinya dari Palestin. Ianya bukan semata-mata masjid itu, tetapi diperlihatkan dengan situasi para nabi yang mendirikan solat di Masjid Al-Aqsa dengan penuh kerehatan dan kegembiraan. Ini mengajarkan kepada Rasulullah SAW, solat akan menjadikan Baginda kuat. Baginda juga mengimamkan para nabi yang berkumpul di Masjid Al-Aqsa. Dalam keadaan duka Baginda ketika di Makkah, ditolak dakwah Baginda serta dicaci dan dicemuh. Allah SWT hadirkan motivasi pertama buat Baginda SAW ketika di Masjid Al-Aqsa iaitu mengimamkan para nabi.

Hal ini mengajar kita, sekuat manapun ujian dan musibah yang menimpa kita, jadikan solat sebagai kekuatan sepertimana yang dilakukan oleh para nabi yang terdahulu. Jangan biarkan diri kita diperhambakan oleh emosi dan syaitan dengan ujian-ujian yang melemahkan kita. Sekiranya perasaan kehambaan kepada Allah SWT sentiasa menebal dalam diri kita, maka akan datang kekuatan untuk kita menghadapi apa juga ujian.

Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1