PROGRAM KEPIMPINAN JAPIM
6 Julai 2023 : Kem kepimpinan yang dilaksanakan di Dewan Seri Melati dan Surau Al-Hidayah, IPG Kampus Ipoh melibatkan siswa guru Major Pendidikan Islam iaitu Unit V dan W bertujuan melahirkan guru pendidikan islam yang boleh menjadi seorang guru yang baik, berketrampilan baik, berfikiran jauh, bersifat adil dan menjadi seorang pemimpin yang hebat. Penceramah kem kepimpinan terdiri daripada pensyarah JAPIM, IPGKI iaitu Dr Hj Rizalman , Dr Saidah dan Ustazah Noracyhan.
Program diteruskan pada sebelah malam di Surau Al-Hidayah, IPGKI dengan pengisian memantapkan jiwa nurani hati siswa-siswa guru pendidikan islam dengan penerapan jiwa sebagai guru pendidikan islam. Seorang guru pendidikan islam, memerlukan jiwa kesungguhan dalam mendidik anak bangsa, mendalami ilmu-ilmu dan membina masyarakat akan datang dengan ilmu agama yang baik.
Kem ini juga memantapkan disiplin siswa-siswa pendidikan islam supaya menjadi asatizah yang mempunyai disiplin yang tinggi dalam kerjayanya, dalam menepati masa dan melaksanakan tugas dengan penuh integriti.
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
Tiada ulasan:
Catat Ulasan